Saturday, July 5, 2008

Ekonomi merosot

Semakin hari, semakin banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat, malah jumlah ini lebih banyak daripada jumlah yang dianggarkan. Saya telah melihat kesengsaraan hidup seseorang ibu atau bapa yang terpaksa menyara hidup anaknya walaupun pendapatan mereka kurang memuaskan.





Jika diberi peluang, saya teringin sekali menindas tindakan kerajaan dalam menaikkan harga minyak. Subsidi yang diberikan mungkin tidak mencukupi. Pihak manakah yang menjadi puncanya? Sama ada kerajaan ataupun penduduk setempat? Adakah ini semua kehendak Tuhan?





Harga minyak yang semakin meningkat turut mempengaruhi harga barang-barang keperluan yang lain. Sebagai contoh, harga kampua, telah meningkat kepada RM3. Jika dibandingkan dengan beras, beras lagilah teruk. Kalian ingat, nasi bukan makanan seharian kita?





Pada mulanya, saya boleh memenuhi kesemua kehendak saya dengan membeli apa-apa sahaja yang menjadi kegemaran saya. Namun selepas kenaikan harga petrol di Malaysia, impian saya mula berubah. Ayah saya menjadi seorang yang berjimat-cermat. Begitu juga dengan orang-orang yang lain.


Nasib malang yang tidak dapat ditangani.