Haih, ibu bapa zaman sekarang. Mahu tak mahu, aku terpaksa tulis blog ini dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia. Bukan sekadar itu sahaja, bahasa pasar pun perlu diubahsuai kepada bahasa baku. Pada masa yang sama, bolehlah aku perbaiki bahasaku yang lemah ini.
Aku ni, sejak zaman kanak-kanak, memang suka berblog. Akibatnya, prestasiku semakin menurun dan siapa pun salah? Jangan sesekali jawab dengan namaku. Nampaknya, sudah tiba masanya untuk aku menukar kata ganti diriku kepada saya.
Saya menulis kiriman ini khas ditujukan kepada kalian yang menghadapi masalah ibu bapa yang kejam, tidak pula saya lupa tentang guru-guru yang sememangnya tiada pengalaman mengajar.
Semua orang pasti bersetuju bahawa guru merupakan sebab utama kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam pelajaran mereka. Mereka ini tak belajar baik-baik semasa menuntut di universiti. Mungkin kata-kata saya ini amatlah menggusarkan. Namun, saya pasti bahawa guru-guru yang sedemikian sepatutnya memilih kursus yang lebih sesuai untuk diceburi, sebagai contoh, prinsip keakaunan.
Akhir sekali, kami pula yang dicela.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment